03 November 2011

18.1 Menukar Kata Laluan

18.1 Menukar Kata Laluan

Kata Laluan = Password.

Sebagaimana maklum, untuk masuk ke satu-satu akaun perniagaan, kita perlu mengisi kata laluan dalam dialog berikut :

Gambar 445

Untuk menukar kata laluan, kita gunakan menu Sistem | Change Password. Kita akan menerima dialog bertajuk Change Password (Tukar Kata Laluan) :

Gambar 446

Dalam dialog ini, kita diminta mengisi kata laluan lama pada ruang Enter Old Password (Masukkan Kata Laluan Lama). Selepas kita mengisi ruang ini, tekan kekunci Enter di kibod :

Gambar 447

Jika kita mengisi kata laluan lama dengan betul, ruang Enter New Password (Masukkan Kata Laluan Baru) dan Enter New Password Again (Masukkan Kata Laluan Baru Sekali Lagi) akan dapat ditulis padanya. Jika kita salah mengisi kata laluan lama, kedua-dua ruang Enter New Password dan Enter New Password Again tidak akan dapat ditulis padanya.

Selepas itu, isikan kata laluan baru pada ruang Enter New Password dan isikan sekali lagi (kata laluan baru yang sama) pada ruang Enter New Password Again. Selepas itu klik butang Exit. Ini akan merekodkan kata laluan baru (Kita menjangkakan ada butang OK atau Apply ).

Komen :

Disini kita menjangkakan ada butang Apply untuk merekod perubahan tetapi butang itu tidak terdapat disini.

No comments: