14 November 2011

6.3 Memeriksa Kumpulan Transaksi

6.3 Memeriksa Kumpulan Transaksi

Ada 3 cara untuk melihat semula Kumpulan Transaksi :

1. Melalui menu Transactions | Print Batch of Transactions. Dari sini kita dapat dialog bertajuk Print Batch Of Transactions (Cetak Kumpulan Transaksi) seperti berikut :

Gambar 130

Dalam menggunakan dialog ini, ruang Batch No From (Dari Kumpulan Transaksi) dengan Batch No To (Ke Kumpulan Transaksi) hendaklah diisi dengan nombor yang sama, iaitu kesannya anda dibenarkan melihat satu kumpulan sahaja pada satu-satu masa.

Berikut ialah contoh hasil dari dialog diatas, selepas kita klik butang OK :

Gambar 131

Jika anda dwi-klik pada satu baris dalam dialog ini, anda akan menerima dialog Transactions File Maintenance (Kawalan Fail Transaksi) yang mengandungi butir-butir lanjut transaksi bagi baris itu. Dialog Transactions File Maintenance mengandungi butang Edit yang membolehkan anda meminda mana-mana butiran.

2. Melalui menu Transactions | Print Batch Summary. Dari sini kita peroleh dialog bertajuk Print Batch Summary (Cetak Ringkasan Kumpulan Transaksi) seperti berikut :

Gambar 132

Anda boleh biarkan kandungan ruang Batch No From (Dari Kumpulan Transaksi) dan Batch No To (Ke Kumpulan Transaksi) seadanya (1 dan 9999).

Contoh hasil dari dialog tersebut ialah seperti berikut (selepas anda klik butang OK) :

Gambar 133

Dialog ini mengandungi maklumat jumlah amaun DEBIT dan KREDIT bagi tiap-tiap Kumpulan Transaksi, Tempoh bagi Kumpulan Transaksi (ruang PD), samada kumpulan telah dicetak ke pencetak (ruang PRN), samada kumpulan dikunci (LOCK) dan samada nombor pengenalan ada digunakan (PIN).

Jika anda dwi-klik pada satu baris dalam dialog ini, anda akan menerima dialog Transactions File Maintenance yang mengandungi butir-butir lanjut transaksi bagi baris itu. Dialog Transactions File Maintenance mengandungi butang Edit yang membolehkan anda meminda mana-mana butiran.

3. Melalui menu Urusniaga | Scan Batches. Dari sini kita peroleh dialog bertajuk Scan Batches (Imbas Kumpulan Transaksi) :

Gambar 134

Anda boleh biarkan kandungan ruang Batch No From dan Batch No To seadanya (1 dan 9999).

Berikut ialah contoh hasil dari dialog diatas :

Gambar 135

Melalui dialog ini anda boleh ketahui samada satu-satu kumpulan itu seimbang catitan bergunya (lihat ruang BATCH BAL) (Imbangan Kumpulan) atau samada satu-satu Tempoh (Period) itu seimbang catitan bergunya (melalui ruang PD. BAL) (IMBANGAN TEMPOH). Juga dinyatakan ialah bilangan transaksi yang mempunyai amaun 0 (melalui ruang 0 AMT. TRAN), dan bilangan transaksi (melalui ruang NO. OF TRAN.).

Dwi-klik pada mana-mana baris tidak akan ada tindakbalas.

No comments: