20. Cadangan Membaiki Sistem
Sepanjang penulis menggunakan Sistem ini, terdapat beberapa perkara dimana pada pandangan penulis ianya boleh dibaiki :
1. Jika jumlah Debit tidak sama dengan jumlah Kredit dalam baki awal (melalui menu Lejar | Enter Opening Balances), Sistem tidak menunjukkan jumlah bagi kedua-dua amaun tetapi hanya menunjukkan jumlah bagi satu amaun sahaja samada Debit sahaja atau Kredit sahaja. Biasanya kita ingin tahu berapakah jumlah Debit danm berapa jumlah Kredit serta perbezaannya, tapi ini tidak dapat dicapai.
2. Sistem pernomboran kod 4 digit pertama diikuti dengan 3 digit terakhir menghadkan bilangan item yang boleh diisi. Ini memberi kesan terutamanya kepada item harta Tetap. Sebaiknya pernomboran kod diubah kepada 2 digit pertama diikuti dengan 6 digit terakhir.
3. Semasa pengguna sedang berada dalam satu-satu tetingkap, Sistem tidak menayangkan kepada pengguna tentang apakah nama dan direktori perniagaan yang pengguna sedang mengerjakan. Pengguna boleh mengetahui hanya melalui menu Others | About. Pengguna perlu dijimatkan dengan beberapa klik.
4. Apabila pengguna menutup akaun, pengguna tidak diberitahu di direktori manakah data-data bagi tahun perakaunan yang ditutup itu disimpan. Pengguna harus mengagak sendiri.
5. Memandangkan pentingnya tanda PA dalam carta Akaun, Sistem seharusnya memberitahu pengguna samada tanda ini telah diujudkan.
6. Mengasingkan Penghutang kepada Penghutang Perniagaan dan Penghutang Bukan Perniagaan adalah satu standad dalam laporan perakaunan, bagaimanapun Sistem tidak memberi kemudahan kepada perbezaan ini.
7. Mengasingkan pemiutang kepada Pemiutang Perniagaan dan Pemiutang Bukan Perniagaan adalah satu standad dalam laporan perakaunan, bagaimanapun Sistem tidak memberi kemudahan kepada perbezaan ini.
8. Jika berlaku kelewatan menyediakan akaun bagi lebih dari satu tahun perakaunan, kadang-kadang kita terpaksa merekodkan data bagi semua tahun perakaunan berkenaan secara serentak, iaitu tanpa mahu menutup akaun satu tahun perakaunan sebelum merekod data bagi tahun perakaunan berikutnya. Dalam hal seperti ini, Sistem tidak membenarkan kita memasukkan data bagi semua tahun perakaunan dalam direktori yang sama. Sistem memerlukan kita menyediakan direktori yang berlainan bagi setiap tahun perakaunan yang tertangguh. Kemudian Sistem mahu kita menutup tiap-tiap tahun perakaunan secara berasingan. Baki-baki awal dan butiran awal bagi tahun perakaunan berikutnya terpaksa disalin secara manual. Disini diharapkan Sistem mampu mengimpot baki awal dari direktori yang berlainan.
9. Bagi Pemiutang Perniagaan, kod induk 4000/000 diisi melalui menu Lejar | Penyelenggaraan A/K Lejar Am tetapi senarai individu hendaklah diisi melalui menu Pemiutang | Pengendalian Fail Pemiutang. Jika kita cuba mengisi senarai individu melalui dialog Penyelenggaraan A/K Lejar Am, kita akan menerima makluman seperti berikut : “Please Enter as Debtor or Creditor("Sila rekodkan sebagai Penghutang atau Pemiutang"). Disini Sistem tidak begitu jelas dalam memberitahu bahawa Debtor dimaksudkan sebagai Trade Debtors dan Pemiutang dimaksudkan sebagai Trade Creditors, dan Sistem mahu item dimasukkan melalui menu Debtors atau menu Creditors.
10. Dalam standad perakaunan, Syarikat Bersekutu perlu ditunjukkan berasingan dalam Kunci Kira-Kira, tetapi Sistem tidak mempunyai Jenis Akaun ASSOCIATED COMPANY, oleh itu, pengguna terpaksa memilih Jenis Akaun yang berdekatan iaitu samada CURRENT LIABILITIES atau CURRENT ASSETS.
11. Dalam standad perakaunan, Anak Syarikat perlu ditunjukkan berasingan dalam Kunci Kira-Kira, tetapi Sistem tidak mempunyai Jenis Akaun SUBSIDIARY COMPANY, oleh itu, pengguna terpaksa memilih Jenis Akaun yang berdekatan iaitu samada CURRENT LIABILITIES atau CURRENT ASSETS.
12. Apabila kita telah menetapkan satu akaun sebagai tajuk kecil atau akaun induk, Sistem masih membenarkan amaun dimasukkan kedalam akaun ini. Seharusnya lebih sesuai jika ini tidak dibenarkan.
13. Satu tutorial ringkas mengenai Sistem Catitan Bergu atau Simpankira sepatutnya dimasukkan dalam Sistem, mungkin boleh dicapai melalui anak menu dibawah menu ‘Help’.
14. Penggunaan butang Apply tidak konsisten. Sesetengah perubahan memerlukan kita klik pada butang ini tetapi tidak pada perubahan dalam dialog lain.
15. Kadang-kadang pengguna klik butang Exit sebelum mencatitkan kedua-dua butiran debit dan kredit dalam dialog Transactions File Maintenance. Akibatnya, akaun tidak seimbang. Sistem tidak memberitahu bahawa akaun tidak seimbang selepas pengguna klik butang Exit. Sepatutnya, selepas pengguna klik butang Exit tetapi akaun belum seimbang, Sistem memberitahu pengguna bahawa akaun belum seimbang.
16. Semasa mengisi data melalui Quick Entry, Sistem tidak mengingatkan anda sesuatu akaun itu akaun debit atau kredit. Untuk lebih memudahkan pengguna, Sistem boleh memasukkan ciri yang memberitahu pengguna hal ini.
17. Untuk merekod data melalui cara cepat (Quick Entry), kita terpaksa klik butang Exit dan klik butang Quick sekali lagi sebelum merekod data seterusnya. Sepatutnya kita tidak perlu keluar (Exit) untuk merekod data lain cara cepat untuk menjimatkan sedikit masa).
18. Penggunaan butang Save tidak konsisten. Sesetengah pengrekodan memerlukan kita klik pada butang ini tetapi tidak pada pengrekodan dalam dialog lain.
19. Sistem tidak memberi amaran atau meminta pengesahan apabila kita klik butang Delete dalam dialog Maintain Stock Value untuk memadam satu nilai stok.
20. Sistem tidak memberi peluang kepada pengguna untuk menamakan fail bagi salinan yang dibuat semasa menggunakan menu Backup.
21. Belum ada keupayaan menyalin data ke CD (cakera Liut) dibina kedalam Sistem.
22. Jika pengguna telah menukar terma bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dalam dialog Sistem | Run setup | Account Type Description Setting, kemudian pengguna klik pada butang Set to Default dalam dialog itu, Sistem mengalihkan semula terma kepada bahasa Inggeris tanpa memberi amaran kepada pengguna. Seharusnya amaran diberi kepada pengguna mengenai kesan jika tindakan diteruskan dan pilihan diberi samada pengguna mahu meneruskan tindakan.
23. Jika kita mengubah Bahas kepada bahasa Melayu, ada istilah dalam Bahasa Inggeris yang terus digunakan iaitu tidak diterjemahkan ke Bahasa Melayu.
24. Dalam versi bahasa Melayu, terdapat dialog dimana tajuknya masih dalam Bahasa Inggeris, contohnya Departmental Listing.
25. Tiada cara mudah untuk membina senarai Department dan sukar juga untuk memadam satu nama Bahagian dari senarai.
No comments:
Post a Comment