19. Untuk Lebih Berjaya Mengendali Sistem
Untuk lebih berjaya mengendali Sistem, anda boleh berlatih dengan membina direktori bagi satu perniagaan olok-olok dan merekodkan data disitu. Gunakan dialog Select Company untuk membina direktori bagi perniagaan olok-olok anda. Sila lihat bab 3 Mengendali Dialog ‘Select Company’.
Selain dari itu anda perlu memahami asas Catitan Bergu (Double-Entry).
Mengetahui asas piawai (standad) amalan perakaunan akan menolong anda menyediakan laporan Kunci Kira-Kira dan Penyata Untungrugi yang selari dengan kehendak juruaudit. Ini dapat menjimatkan masa anda melayan juruaudit dan menjimatkan masa juruaudit.
No comments:
Post a Comment