2. Memula Dan Menutup Sistem
Setelah Sistem dipasang kedalam cakera keras, kita boleh memulakan Sistem dengan klik pada menu Start | Program | UBS Software | UBS Accounting System. Dalam Sistem Versi 8.3 dan 9.0, kita akan menerima dialog bertajuk Select Company (Pilih Perniagaan) seperti ini :
Gambar 5
Jika anda memulakan Sistem buat pertamakali, anda akan lihat satu nama Perniagaan iaitu UBS ACCOUNTING SYSTEM dan datanya akan disimpan dalam direktori dimana kita memasang Sistem (dalam contoh diatas ia dipasang di direktori D:\UBSACC\DATA). Kita boleh menukar nama Perniagaan ini, membuangnya atau menambah nama Perniagaan lain kedalam senarai dalam dialog ini seperti contoh dibawah :
Gambar 6
Jika anda tidak mahu bekerja dengan data mana-mana perniagaan, anda boleh menutup Sistem pada peringkat ini dengan klik pada butang Exit (Keluar) atau pada butang X dibucu kanan atas tetingkap Sistem. Jika anda telah memilih masuk ke data satu perniagaan, anda boleh keluar dengan menggunakan menu Sistem | Exit.
Keluar Sistem menggunakan butang X atau menggunakan menu Sistem | Exit akan diikuti dengan dialog bertajuk Close Application (Tutup Applikasi) seperti berikut :
Gambar 7
“Are you sure” = “Adakah anda pasti”
"Yes” = “Ya”
"No” = “Tidak”
Klik Yes. Sistem akan ditamatkan.
No comments:
Post a Comment