07 December 2011

1. Pengenalan kepada Sistem Perakaunan UBS

1. Maklumat Awal Mengenai Sistem

Sebelum kita mula menggunakan Sistem, elok kita mengetahui beberapa maklumat mengenai Sistem ini. Beberapa bab berikut ini akan menangani hal ini.

1.1 Sistem Perakaunan UBS

Sistem Perakaunan UBS ialah satu sistem perakaunan berkomputer yang dikeluarkan oleh syarikat UBS Corporation Berhad. Sistem ini telah memperoleh taraf MSC Multimedia Super Corridor) dari MMC (Malaysia Multimedia Commission – Suruhanjaya Multimedia Malaysia). Alamat, nombor telefon dan nombor faks UBS Corporation Berhad boleh diketahui melalui logo Sistem ini semasa Sistem dimulakan :

Gambar 1


1.2 Mengetahui Versi Sistem

Versi Sistem yang anda sedang gunakan boleh diketahui melalui logo diatas, atau melalui menu Others | About :

Gambar 2



Dalam contoh diatas, versinya ialah 8.3 yang dikeluarkan pada 16 August 2002

1.3 Kegunaan Sistem

Kegunaan Sistem Perakaunan UBS tidak lain dan tidak bukan ialah untuk tujuan simpankira perakaunan dan menghasilkan laporan-laporan yang berkaitan dengannya.

1.4 Sistem Versi Percuma

Sistem Perakaunan UBS yang percuma boleh diperolehi melalui muaturun dari internet. Bagaimanapun versi percuma ini mempunyai kelemahan tidak boleh menyimpan rekod lebih dari 1000 transaksi. Ia cuma sesuai untuk tujuan pembelajaran.
Contoh sumber dari internet ialah : http://www.ubs-software.com/downloads/index.htm
Buku ini dibina berasaskan versi percuma tersebut.

1.5 Kandungan Cakera Padat (CD)

Untuk mengetahui isi kandungan CD-ROM yang mengandungi Sistem Perakaunan UBS, kita boleh gunakan Windows Explorer. Berikut ialah contoh gambar isi kandungan CR-ROM :

Gambar 3



Kita dapati terdapat direktori UBS dalam CD tersebut. Kandungan direktori ini ialah seperti berikut :
Gambar 4

Sebagai pengguna Sistem Perakaunan UBS, anda tidak diperlukan mengetahui isi kandungan CD Sistem. Ia hanya bermanafaat bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses dalaman Sistem. Tidak mengetahui kandungan CD tidak akan menjejas kelancaran kita dalam menggunakan Sistem ini sehari-hari.

No comments: