18.4 Mematikan Menu
Kita boleh mematikan satu-satu menu atau anak menu menu dengan menggunakan menu Sistem | Run Setup | User - defined Menu. Kita akan temui dialog bertajuk User Defined Menu (Menu Pilihan Pengguna) :
Gambar 456

Kita dapati, dialog ini pada mulanya memaparkan menu-menu utama yang biasa kita lihat iaitu General, Debtor, Creditor, Transaction dan seterusnya, dalam barisnya yang tersendiri.
Jika kita klik pada satu baris nama menu utama, kemudian klik pada pilihan Level 2, kita akan lihat anak menu bagi manu utama berkenaan, contohnya :
Gambar 457

Dalam contoh diatas, anak-anak menu bagi menu General dipaparkan setelah kita klik pada baris yang mengandungi perkataan (mewakili menu) General, kemudian kita klik pada pilihan Level 2.
Untuk melihat semula menu-menu utama (tanpa anak-anak menu), klik pada pilihan Level 1.
Jika kita klik Level 3 kita akan lihat anak menu seterusnya bagi menu utama berkenaan :
Gambar 458

Begitulah seterusnya jika kita klik Level 4.
Jika kita membuang tanda pada satu-satu baris, menu itu akan menjadi kelam (mati) dan tidak akan bertindakbalas. Contohnya kita membuang tanda pada baris General :
Gambar 459

Kesannya ialah menu General menjadi kelam dan tidak akan bertindakbalas bila diklik.
Gambar 460

No comments:
Post a Comment