28 October 2011

Muka Belakang

Muka Belakang

Kemungkinan ini adalah buku pertama dipasaran Malaysia mengenai sistem Perakaunan Berkomputer UBS dalam Bahasa Melayu.

Pendekatan buku ini berdasarkan pengalaman penulis dalam mengguna dan mengajar subjek ini.

Penulis menyedari bahawa ramai pengendali Sistem tidak berlatarbelakangkan bidang perakaunan atau Simpankira. Dengan itu penulis cuba memberi pendekatan bermula dari yang paling asas.

Buku ini mengandungi persoalan-persoalan teknikal yang tidak terdapat dalam manual dan mengandungi > tip-tip berguna yang anda mungkin tidak perolehi dalam kelas-kelas pengajaran lain.

Terjemahanbagi terma-terma dalam bahasa Inggeris, bila perlu, diberi dalam mukasurat yang sama.

Buku ini mengandungi banyak gambar-gambar. Lebih dari 440 gambar. Gambar-gambar memudahkan anda memahami operasi Sistem tanpa perlu membuka Sistem di komputer.

Buku ini berguna bagi mereka yang mahu dan menggunakan sistem Perakaunan Berkomputer UBS, pelajar-pelajar perakaunan dan perniagaan di pusat pengajian awam atau swasta, kolej-kolej dan pusat-pusat pengajian, perpustakaan-perpustakaan.

No comments: