22. Memasang Sistem
Berikut ialah langkah-langkah untuk memasukkan Sistem (Perakaunan Berkomputer UBS) ke dalam cakera keras di komputer anda, dan perkara-perkara berkaitan dengannya. Bagaimanapun biasanya kerja pemasangan dilakukan oleh seseorang yang mahir dalam operasi Windows.
Hidupkan komputer anda (jika belum). Masukkan CD-ROM yang mengandungi Sistem (Perakaunan Berkomputer UBS) kedalam pemacu CD di komputer anda. Klik butang Start | Run. Satu kotak dialog bertajuk ‘Run’ akan muncul :
Gambar 474
(Klik butang Cancel jika anda mahu membatalkan proses memasang).
Kemudian klik butang ‘Browse’. Satu kotak dialog bertajuk ‘Browse’ akan muncul :
Gambar 475
Pada kotak dikanan label Look in, cari nama pemacu dimana CD-ROM berada (dalam contoh gambar diatas, nama pemacu ditunjukkan sebagai UBS (E:). Kita akan nampak satu fail bernama Setup.exe. Klik perlahan, sekali, pada nama fail ini untuk memfokus padanya.
Kemudian klik pada butang ‘Open’. Kita akan nampak sekali lagi kotak dialog bertajuk ‘Run’. Kali ini kita akan dapati kotak Open dalam dialog Run telah diisi dengan nama fail Setup.exe.
Gambar 476
Klik pada butang ‘OK’ dalam dialog Run ini (Klik butang Cancel untuk membatalkan proses memasang).
Selepas beberapa saat, kita akan nampak kotak dialog bertajuk ‘UBS Accounting System Setup’.
Gambar 477
Ambil masa untuk membaca kandungan kotak dialog ini. Terjemahannya ialah seperti berikut :
Selamat Datang ke proses memasang Sistem Perakaunan UBS.
Pemasangan tidak akan memasang fail-fail Sistem atau mengemaskini fail berkongsi jika fail sedang digunakan. Sebelum ke langkah seterusnya sila tutup mana-mana program yang sedang terbuka.
AMARAN : Program ini adalah dilindungi oleh Undang-Undang Hakcipta dan perjanjian antarabangsa.
Anda boleh memasang Sistem dalam sebuah komputer. Sesetengah barangan Microsoft adalah diberikan hak-hak tambahan, seperti dinyatakan dalam Perjanjian Lesen Pengguna yang terdapat dalam program anda.
Sila ambil sedikit masa sekarang untuk membaca Perjanjian Lesen Pengguna. Ia mengandungi semua syarat-syarat berkaitan penggunaan program ini. Dengan memilih butang ‘ Continue ’, ini bermakna anda menerima syarat-syarat itu.
Klik pada butang Continue (Teruskan). Anda akan nampak kotak dialog bertajuk ‘Name and Organization Information’ (Maklumat Organisasi dan Nama) seperti berikut :
Gambar 478
Taipkan nama pembeli Sistem ini pada kotak dikanan label Name (Nama) dan pada kotak dikanan label Organization (Organisasi).
Selepas itu, klik butang ‘OK’. Satu kotak dialog bertajuk ‘Confirm Name and Organization Information’ (Pengesahan maklumat Nama dan Organisasi) seperti berikut akan terpapar:
Gambar 479
Sila baca kenyataan pada kotak dialog ini. Terjemahannya ialah :
Sahkan bahawa maklumat yang anda masukkan adalah betul. Jika betul, klik OK. Untuk menukar maklumat, klik ‘Change’ (Tukar)”.
Klik pada butang OK.
Selepas itu, satu kotak makluman bertajuk ‘Setup is searching for installed components’ (Pemasang mencari konponen-komponen yang telah dipasang) akan terpapar sekejap.
Ini diikuti dengan satu kotak dialog bertajuk ‘UBS Accounting System Setup’ (Pemasangan Sistem Perakaunan UBS) seperti berikut :
Gambar 480
Sila baca kandungan kotak dialog ini. Ia memberitahu bahawa Sistem akan dimasukkan kedalam direktori C:\VUBS\ACC. Bagaimanapun kita boleh mengubah kedudukan kepada direktori lain dengan menggunakan butang ‘Change Direktori (Tukar direktori).
Jika kita klik butang Change Folder ini, satu kotak dialog bertajuk ‘Change Folder’ akan muncul seperti berikut :
Gambar 481
Cari destinasi folder dalam kotak dibawah label Folders. Setelah jumpa, klik pada nama folder yang berkenaan. Alamat folder akan tertulis dalam kotak dibawah label Path.
Jika destinasi folder belum diujudkan, pada kotak dibawah label ‘Path’ tuliskan direktori (folder) dimana kita mahu Sistem ini dimasukkan, (anda harus mahir menggunakan Sistem Operasi Windows untuk memahami dan mengisi ‘Path’). Dalam contoh diatas, D:\VUBS\ACC telah diisi.
Selepas klik OK. Satu kotak dialog bertajuk ‘UBS Accounting System Setup’ seperti berikut mungkin akan timbul :
Gambar 482
(Dialog ini akan muncul jika destinasi folder belum dibina).
Klik butang ‘Yes’. Selepas itu akan timbul sekali lagi kotak dialog berikut :
Gambar 483
Sila baca kandungan kotak dialog itu. Perhatikan label ‘Folder’, ia telah berubah dari C:\VUBS\ACC kepada D\VUBS\ACC.
Klik OK.
Makluman Setup is Searching for Installed Components (Mencari komponen yang telah dipasang) akan muncul buat seketika.
Ini diikuti dialog berikut :
Gambar 484
Klik pada gambar komputer pada dialog ini. Dialog berikut pula akan muncul :
Gambar 485
Klik Continue (Teruskan).
Makluman Setup is checking necessary disk space (Pemasangan sedang memeriksa ruang cakera) akan muncul buat seketika.
Ini diikuti dengan makluman Setup is updating System files (Pemasangan sedang mengemaskini fail sistem) sebentar.
Selepas beberapa saat, makluman berikut akan muncul :
Gambar 486
Terjemahannya : “Pemasangan Sistem Perakaunan UBS telah dilaksanakan dengan jayanya”
Ini bermakna kita telah selesai memasukkan Sistem Perakaunan UBS dari dalam CD-ROM ke cakera keras komputer kita.
Klik OK.
CD-ROM bolehlah dikeluarkan dari pemacu dan simpan ia ditempat yang selamat.
Untuk mempastikan bahawa Sistem telah betul-betul dimasukkan ke cakera keras, cari menu Start | Program | UBS Software | UBS Accounting System :
Gambar 487
Klik pada menu ini. Kotak dialog bertajuk Select Company (Pilih Perniagaan) seperti berikut :
Gambar 488
Ini bermakna, Sistem memang telah dipasang dengan jayanya.
Klik butang Exit (Keluar) untuk masa ini untuk keluar dari Sistem. Anda bolehlah berehat sebentar.
22.1 Mengetahui Fail-Fail Yang Dipasang Oleh Sistem
Gunakan ikon ‘My Computer’ pada desktop komputer anda untuk melihat apakah fail-fail yang telah dipasang di folder yang telah kita tetapkan semasa memasang Sistem (dalam bab terdahulu, Sistem dipasang di direktori D:\VUBS\ACC). Gambar berikut menunjukkan contoh fail-fail yang dipasang oleh Sistem kedalam direktori tersebut :
Gambar 489
Mengetahui apakah fail-fail sistem yang dipasang oleh Sistem tidaklah diperlukan bagi pengguna-pengguna Sistem dan tidak akan menjejas pengendalian Sistem. Ia mungkin cuma menarik minat mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut atau bagi mereka yang bersikap lebih adventur.
22.2 Mengetahui Fail-Fail Data Yang Dipasang Oleh Sistem
Untuk memeriksa apakah fail-fail data yang dihasilkan oleh Sistem selepas proses Generate Data Files , lihat di direktori (melalui Windows Explorer) yang anda telah tetapkan dalam dialog Select Company. Contohnya ialah seperti berikut :
Gambar 490>
Gambar 491
Mengetahui apakah fail-fail data yang dipasang oleh Sistem tidaklah diperlukan bagi pengguna-pengguna Sistem dan tidak akan menjejas pengendalian Sistem. Ia mungkin cuma menarik minat mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut atau bagi mereka yang bersikap lebih adventur.
Jangan terkeliru antara fail-fail sistem dengan fail-fail data. Fail-fail sistem dipasang didirektori dimana Sistem dipasang, manakala fail-fail data dipasang didirektori yang kita tetapkan dalam dialog Select Company (selepas kita klik butang Add).
22.4 Mengetahui Dimana Sistem Dipasang
Lokasi dimana Sistem dipasang dapat kita rujuk semula bila kita klik menu Others | About. Menu ini akan hanya kita perolehi setelah kita dapat mengakses akaun Perniagaan tertentu (Melalui dialog Select Company). Menu ini akan memaparkan dialog seperti berikut :
Gambar 492
Lihat label Program Directory (Direktori program). Disini dinyatakan dimana program anda berada. Dalam contoh diatas, program berada di D:\UBSACC.
Jangan kelirukan antara lokasi (direktori) Sistem dengan lokasi data. Lokasi Sistem boleh jadi sama atau berbeza dengan lokasi data (Sila lihat bab 22.6 Mengasingkan Fail Sistem Dari Fail Data).
22.5 Membuang Sistem
Untuk membuang Sistem Perakaunan UBS, masukkan CD-ROM yang mengandungi Sistem kedalam pemacu. Klik Start | Settings | Control Panel | Add or Remove Programs | Add New Programs | CD or Floppy| Next | Finish | Continue. Anda akan jumpa dialog bertajuk UBS Accounting System Setup seperti berikut :
Gambar 493
Klik butang Remove All (Buang Semua).
Selepas itu kita diminta memberi pengesahan melalui dialog berikut :
Gambar 494
Pengesahan bermakna : “Adakah anda pasti anda mahu mengnyah Sistem Perakaunan UBS ?”.
Klik Yes (Ya).
Selepas itu kita akan diberitahu oleh satu dialog bertajuk Setup was completed successfully (Pemasangan telah tamat dengan jayanya). Klik butang OK pada dialog itu. Dengan ini Sistem telah dinyah dari komputer anda.
Nota : Agak mengelirukan, walaupun kita membuang Sistem, makluman yang dipaparkan ialah ‘Setup was completed successfully’.
Proses diatas sebenarnya akan hanya membuang sebahagian sahaja fail-fail yang berkaitan dengan Sistem. Kita dapati ada lagi terdapat menu ‘UBS Software’ pada menu Start | Programs. Untuk membuangnya, klik-kanan pada menu UBS Software itu dan klik ‘Delete’ (Anda perlu mahir mengendali Sistem Operasi Windows untuk membuang menu ini).
Dalam direktori dimana kita memasang Sistem (dalam buku ini kita memasang di D:\VUBS), kita dapati direktori ini masih ujud lagi. Melalui ikon my Computer kita boleh buang direktori ini (Anda perlu mahir mengendali Sistem Operasi Windows untuk menggunakan my Computer).
Selain itu, masih terdapat juga data mengenai VUBS dalam Registry yang masih tidak dibuang. (Anda perlu mahir mengendali Sistem Operasi Windows untuk membuang data dalam Registry).
22.6 Mengasingkan Fail Sistem Dari Fail Data
Kita boleh mengasingkan direktori dimana Sistem dipasang dari direktori dimana data satu-satu perniagaan disimpan. Pengasingan ini adalah baik kerana jika berlaku kerosakan pada Sistem yang menyebabkan kita perlu membuang Sistem dari komputer, kita hanya perlu membuang direktori Sistem tanpa menjejas data kerana data berada dalam direktori yang berlainan. Lebih baik lagi, data disimpan dalam Partition yang berlainan.
Kita menetapkan Direktori Sistem semasa kita memasang Sistem melalui dialog Setup seperti berikut (Sila lihat bab 22 Memasang Sistem) :
Gambar 495
Direktori data pula kita tetapkan melalui dialog bertajuk Select Company seperti berikut (Sila lihat bab 3 Mengendali Dialog ‘Select Company') :
Gambar 496
22.7 Mengetahui Dimana Direktori Data Berada
Klik menu Others | About. Kita akan menerima dialog seperti berikut :
Gambar 497
Lihat label Default Directory (Direktori semasa). Disini dinyatakan dimana data sesuatu Perniagaan yang sedang anda kerjakan berada. Dalam contoh diatas, data berada di D:\UBSDATA\DATA_DEF.
Kita juga boleh mengetahui direktori dimana data akaun sesatu perniagaan disimpan melalui dialog Select Company. Bagaimanapun anda terpaksa keluar dari mengerjakan data untuk masuk ke dialog ini.
Nota : Dialog About ini tidak memberitahu apakah nama Perniagaan yang sedang anda kerjakan. Oleh itu, elok jika semasa anda memberi nama direktori dalam dialog Select Company, anda beri nama direktori yang dapat membayangkan nama Perniagaan.
No comments:
Post a Comment